Monday, August 3, 2009
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN LALU
Pehak MQA (Malaysian Qualification Agency) Malaysia telah mencadangkan bahawa kita perlu mengambiul kira pengalaman lampau seseorang dalam menimbang klemasukan ke IPTA. Dasar tersebut sudah tentunya mengembirakan ramai yang ingin memasuki IPTA dan mereka ini tergolong dalam kategori kebanyakanya yang sedang dan telah berkerja. Di United Kingdom dasar tersebut telah dilaksanakan dalam meningkatkan pendemokrasian pendidikan serta mengikhtiraf kekuatan pengalaman seseorang.Contohnya seorang guru Tadika yang telah mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar boleh dikhtiraf pengalaman tersebut dengan memberi kredit kepada nya. Dengan mengikhtiraf pengalaman lampau maka peluang seseorang untuk meningkatkan professionalisma nya meningkat. Jadi timbul beberapa persoalan yang perlu diteliti iaitu apakah jenis dan kualiti pengalaman serta cara mengukur kualiti pengalaman.Sudah tentunya akan melibatkan bukti bukti nyata saperti sijil, pengesahan majikan serta pengakuan rakan sekerja atau boss.Bagitu juga jika telah mengambil kursus di maktab dan diikhitiraf maka apa peluang calun tersebut dikecualikan dari kursus yang serupa diuniversiti? Juga apa kesannya kepada bilangan yang akan masuk IPTA.Tentu ada kesan kesan yang merangkumi persoalan sumber manusia, infrastruktur , pekerjaan dan kenaikan pangkat. Bagaimana memastikan dasar saperti ini dilaksanakan dengan baik dan sempurnma tanpa ada kesan negatif. Bagaimana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perkara ini ada dibangkitkan oleh seorang penceramah semasa saya mengikuti kursus PTK tahun lepas. pada masa itu ramai peserta kursus berasa skeptik kerana untuk melaksanakan perkara ini memerlukan ketelusan. pada pendapat saya, perlu ada benchmark untuk membuat perbandingan antara pengalaman2 untuk mengukur kualiti pengalaman seseorang itu. contohnya, adakah seorang guru yang mengajar di luar bandar selama 10 tahun akan mempunyai kualiti pengalaman yang sama dengan seorang guru yang mengajar di bandar untuk tempoh masa yang sama? atau seorang guru yang mengajar di sekolah aliran bahasa inggeris (contoh, penang free school, saya sempat belajar tingkatan 6 di sana selama 2 minggu sebelum masuk asasi sains di UM. di sana, semua bertutur dalam BI, perhimpunan sekolah dikendalikan dalam BI dan pengetua pun berucap dalam BI) dan seorang lagi guru yang mengajar di sekolah aliran bm, atau SMJKC.sudah pasti pengalaman guru2 ini tidak sama. setiap orang akan mempunyai pengalaman yang berbeza. jika seseorang itu diterima masuk ke IPTA kerana pengalamannya, dan bukan sebab akademik, maka perlu ada prerequisite course untuk mereka supaya mereka mempunyai pengetahuan seperti pelajar-pelajar lain. ini dapat menjamin prestasi pelajar2 'berpengalaman' ini adalah at par dengan pelajar2 yang memasuki IPTA kerana kecemerlangan akademik.
ReplyDeletePengalaman lalu sama pentingnya dengan pencapaian akademik calon yang hendak memasuki universiti. Namun begitu, saya juga bersetuju dengan pendapat Cikgu Amina tadi, perlu ada prerequisite course untuk calon yang dipilih kerana pengalamannya. Pada saya, dasar ini dilaksanakan untuk membuka peluang kepada semua orang untuk belajar sama ada yang baru tamat sekolah atau pun yang sudah berkerja. Saya berpendapat, tempoh pengalaman berkerja mungkin kurang penting jika dibandingkan dengan bidang pengalaman kerja. Pengalaman lalu boleh dipertimbangkan apatah lagi jika bidang itu berkait rapat dengan course baru yang dipohon d u. Hasilnya, mungkin ramai pelajar yang setanding dengan pelajar baru yang belum pernah berkerja kerana adanya kekuatan dari pengalaman lalu. Keputusan dasar ini ada pro dan kontranya. Pihak berkenaan perlu berhati-hati untuk melaksanakan dasar ini kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan dalam sistem pentadbiran negara kelak.
ReplyDeleteDasar ini amat menarik dan menguntungkan banyak pihak terutamanya golongan yang telah bekerja.Jika dilihat pengalaman seseorang penting untuk sesuatu pencapaian. Tanpa pengalaman seseorang tidak akan berjaya.Pendemokrasian pendidikan sangat bagus serta perlu dilaksanakan dengan teliti. contohnya pengalaman terdahulu banyak disokong dengan pelbagai kejayaan secara lansung maupun tidak langsung yang mana diiktiraf dan diakui oleh pihak atasan.Dengan benchmarking seperti ini kita boleh menilai pengalaman seseorang itu berkualiti atau tidak. Jika pengecualian kredit diberikan kepada mereka, penilai perlu memastikan pembelajaran masa lalu mereka sama atau releven atau tidak dengan pendidikan sekarang. Bagi saya zaman sering mengalami perubahan yang mana pembelajaran masa adalah semakin outdated serta tidak sama dengan pembelajaran masa sekarang yang lebih uptodate.Pemilihan mereka juga perlu melalui proses yang sama seperti pelajar2 yang lain tetapi mungkin dari sudut yang berbeza. Jika pelajar fresh dipilih untuk belajar masuk ke universiti dinilai melalui keputusan exam yang terbaik, dari sudut ini pula mereka dipilih dan dinilai dari setiap sudut contoh had umur, tahap prestasi dan kualiti sistem kerja yang cemerlang, berkaliber, berinovasi dan berwawasan.
ReplyDeleteSalam Prof dan rakan-rakan,
ReplyDeleteSaya ingin mengambil contoh diri saya sendiri. Saya bukanlah seorang pendidik, tetapi pembantu pendidik. Saya hanya bekerja lebih kurang 4 tahun dan berkelulusan pentdbiran perniagaan. Satu bidang yang berbeza dari apa yang sedang pelajari sekarang. Sememangnya pengalaman itu merupakan satu kredit bagi mereka yang ingin meningkatkan profesionalisma mereka dalam kerjaya. Selain itu sokongan dari majikan juga penting semasa permohonan dilakukan. Ini kerana majikanlah orang yang sentiasa menilai prestasi kerja kita. Dia tahu setakat mana kemampuan kita. Sudah tentu kelayakan akademik merupakan asas utama dalam permohonan ke universiti.Walaubagaimanapun, dasar yang ingin dilakukan itu amatlah baik. Ianya mampu nelahirkan lebih ramai pekerja yang berilmu dan cemerlang.
Salam prof,
ReplyDeletePeluang pembelajaran yang terbuka luas untuk golongan yang sudah bekerja amat menguntungkan dan menggembirakan golongan seperti itu. Apatah lagi dunia pendidikan sekarang yang semakin pesat berkembang dengan pelbagai teori dan praktikal yang menuntut pengetahuan dan kemahiran pendidik. Pengalaman seseorang itu merupakan satu bonus bagi meningkatkan taraf diri untuk menuntut ilmu. Sememangnya prestasi akademik turut memainkan peranan penting bagi mengukur kemasukan seseorang ke Ipta. Namun pendemokrasian pendidikan telah membuka peluang kepada golongan pekerja untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan pengalaman lampau. Sokongan majikan perlu kerana majikan yang dapat menilai prestasi pengalaman seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran. Berdasarkan sokongan majikan maka peluang terbuka luas bagi seseorang itu menuntut ilmu di ipta. Kaedah pembelajaran sekarang yang bersifat globalisasi amat mementingkan pengorbanan guru agar turut sama mengorak langkah ke depan bagi kemajuan pendidikan dan juga menjadi pekerja yang cemerlang seiring dengan peredaran masa.