BINTIK HITAM
Bagaimanakah merawat sakeping hati
rupanya bersalut bintik bintik hitam
kerana mengutip dosa dosa sepanjang jalan
merata tempat dekat dan jauh
bagaimana mengubat sekeping hati
yang tiada lagi sinar pancaran
keimanan dan ketakwaan?
Ya Rabb Ya Jabbar Ya Zal Jalali Wal Ikram
Apakah kau sudah mengetahui
bahawa insan itu telah memilih
laluan Qadak dan Qadar nya
yang tercatit dalam Luh Mahfuz?
Apakah ketentuan Mu
menuntut keredhaan
dan kesungguhan untuk memahami
Neraka hidup dipentas duinia ?
Rohaty Majzub
2 April 2011