Monday, August 3, 2009
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN LALU
Pehak MQA (Malaysian Qualification Agency) Malaysia telah mencadangkan bahawa kita perlu mengambiul kira pengalaman lampau seseorang dalam menimbang klemasukan ke IPTA. Dasar tersebut sudah tentunya mengembirakan ramai yang ingin memasuki IPTA dan mereka ini tergolong dalam kategori kebanyakanya yang sedang dan telah berkerja. Di United Kingdom dasar tersebut telah dilaksanakan dalam meningkatkan pendemokrasian pendidikan serta mengikhtiraf kekuatan pengalaman seseorang.Contohnya seorang guru Tadika yang telah mempunyai 10 tahun pengalaman mengajar boleh dikhtiraf pengalaman tersebut dengan memberi kredit kepada nya. Dengan mengikhtiraf pengalaman lampau maka peluang seseorang untuk meningkatkan professionalisma nya meningkat. Jadi timbul beberapa persoalan yang perlu diteliti iaitu apakah jenis dan kualiti pengalaman serta cara mengukur kualiti pengalaman.Sudah tentunya akan melibatkan bukti bukti nyata saperti sijil, pengesahan majikan serta pengakuan rakan sekerja atau boss.Bagitu juga jika telah mengambil kursus di maktab dan diikhitiraf maka apa peluang calun tersebut dikecualikan dari kursus yang serupa diuniversiti? Juga apa kesannya kepada bilangan yang akan masuk IPTA.Tentu ada kesan kesan yang merangkumi persoalan sumber manusia, infrastruktur , pekerjaan dan kenaikan pangkat. Bagaimana memastikan dasar saperti ini dilaksanakan dengan baik dan sempurnma tanpa ada kesan negatif. Bagaimana?
Subscribe to:
Comments (Atom)